nuffnang ads
Memaparkan catatan dengan label BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS. Papar semua catatan
Sabtu, April 09, 2011
ada juga benda mengarut buat di malaysia???
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Isnin, April 04, 2011
JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI
by Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau on Monday, March 7, 2011 at 9:30pm
"""Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.
p/s : nauzubillah...jauhi aku dari perkara ini...amin
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Rabu, Mac 30, 2011
dajal
Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?
Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.
Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.
Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.
Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.
Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.
“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.
“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.
Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”
KEISTIMEWAAN DAJAL
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:
Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.
Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”
Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”
Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.
Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab,“Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.
BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.
Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.
Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.
Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.
Tamim: Siapakah kamu?
Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?
Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.
Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.
Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?
Tamim: Ya.
Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?
Tamim: Airnya banyak lagi.
Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.
Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.
Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?
Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.
Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.
DAJAL TINGGAL DI MANA?
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.
Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.
Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.
Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.
“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.
Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.
Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”
Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”
(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)
Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.
Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

Ahad, Mac 13, 2011
kalau lelaki tahu kalau yang buta kayu macam mane????
Andainya lelaki tahu
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya
.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu.
.Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
nota : masalahnya mereka(lelaki) tidak tahu apa-apa ...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
PETOLA AIR...depan mata tak mahu nak hargakan sesuatu! ingat senang dapat lain??? kenapa perlu berperangai bangsat dan tak sedar diri????<------menyusahkan diri dan mereka yang terlibat~
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Sabtu, November 13, 2010
GOOD tryin
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
GIFT
untuk kamu,
DIPERSILAKAN MAMPUS DENGAN KADAR YANG PALING SEGERA !!!!!!!!!
terima kasih.
DIPERSILAKAN MAMPUS DENGAN KADAR YANG PALING SEGERA !!!!!!!!!
terima kasih.
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Selasa, Oktober 05, 2010
1 month without hit2 the keyboard
" sudah sebulah saya tidak muat turun blog saya
maca-macam benda saya hendak menunjuk "
nota : mari kita mulai
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
kanta mata saya
Sangat menakjubkan hal-hal yang saya perhatikan.
Seperti sudut paksa
yang datang dibatalkan, seperti dia dari keluarga miskin dan tidak boleh
membeli baju baru. Itu saja yang boleh saya lihat. Seluruh dunia
adalah sepotong kain terurai. Ini seperti satu kebohongan yang harus saya
lakukan untuk apa yang ada dalam hati kamu. Jika kita semua melakukan apa yang ada dalam hati kita,
dunia akan datang untuk berhenti.
Cinta adalah ketika kamu melihat ke dalam mata seseorang dan tiba-tiba kamu meyelaminya
secara dalam, untuk jiwa mereka, dan kamu berdua tahu secara langsung. Saya pikir setidaknya pada usia 15 tahun
Saya akan memiliki kehidupan cinta, tapi saya tidak memilikipun kehidupan seperti itu pada usia tersebut.
nota : awak tahu bagaimana kadang-kadang kalimat terakhir awak ucapkan?
seperti bergema di otak saya, dan hanya terus terdengar "bodoh" dan awak harus mengatakan sesuatu yang lain, yang mampu membuatnya berhenti?

Rabu, Ogos 25, 2010
demi kepentngn diri , hilang harga diri
Ke mana pun kita pergi... kita berhadapan dengan hal-hal yang penting,tetapi untuk siapa? Apa yang penting bagi saya mungkin tidak penting bagi kamu. Kita boleh bertanya kepada diri sendiri apa yang penting, tapi apa yang benar-benar bermakna?
Adakah ini bermakna bahawa apa yang kita anggap penting mungkin tidak benar-benar penting dalam skema besar hal? Mungkin kita tidak penting sama sekali, atau mungkin kita tapi hanya belum tahu. Atau mungkin kita perlu orang lain untuk membandingkan diri kita merasa penting, atau mungkin kita memerlukan seseorang untuk memuji kita untuk merasa penting.
Banyak orang mengambil pendekatan untuk meremehkan orang lain untuk merasa penting, atau dengan membandingkan diri mereka sendiri kepada orang lain untuk percaya mereka lebih penting. Tapi apakah mereka benar-benar sama pentingnya dengan mereka-mereka? Apakah perasaan yang penting ada kaitannya dengan menjadi penting? Menjadi penting benar-benar yang penting bagi saya? Apakah pentingnya mempunyai kepentingan sendiri? Mungkin tidak penting. Peduli apa dengan apakah pentingnya mempunyai lebih dari satu hal yang lain? Siapa yang memutuskan apa yang lebih penting?
nota : Siapa bilang anak satu orang lebih penting dari yang lain atau orang lain hati bernilai lebih dari yang lain?
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Rabu, Ogos 04, 2010
tidak mahu masuk jahanam
thaniah : kepada kamu kerana telah ramai mengheret ahli-ahli ke neraka
terima kasih : kamu begitu pemurah dengan amal ibadat kamu diberikan secara percuma tanpa saya bersusah payah untuk mendapatkannya...
nota : saya menang besar musim ini
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Selasa, Ogos 03, 2010
baldi & besen
saya sangat suka barangan plastik. murah ,ringan, tahan lebih lama.tetapi saya tidak amat suka bermuka plastik.
tidak susuahkah untuk melakukannya???? manusia yang bodoh mempraktikkannya, sepertinya sudah tiada masa lain utuk melakukan hal-hal yang lebih matang.....
nota : saya lebih rela menjadi patung plastik di hollywood.......
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Isnin, Ogos 02, 2010
itu punggung bukan muka
ada juga manusia ini sanggup membogelkan dirinya dengan perkara-perkara yang remeh.adakah itu satu keperluan?tidak bukan?jadinya tidak perlu bersusah payah untuk melakukan hal-hal itu. kamu tidak mendapat anugerah apa-apa pun.
nota : jika tuhan mahu menampakakannya sekejap saja, sudah terselak....
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Selasa, Jun 29, 2010
saya ada kamu adalah cermin kepada kamu dan saya...kita adalah tontonan
Hari ini harian saya telah mengajarkan pelajaran yang terbesar saya, mungkin terhad di sini atau dalam kata-kata. Kita ini semuanya unik, semua hidup kita tak tertandingi, dan kita adalah bayangan cermin dari siapa pun. Banyak dari kita telah mempunyai pengalaman baik dan buruk dalam kehidupan yang pelbagai ...
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Isnin, Jun 28, 2010
dimana tempat permainan saya sudah lenyap dan digantikan yang baru...saya tidak mahu
Saya sendiri sudah berkali-kali mahukan kamu kembali dalam permainan hidup saya. Permainan kita mempunyai begitu banyak. Ia diambil dari kita, tetapi kerana alasan-alasan yang baik, sehingga memungkinkan kita untuk menyedari bahawa kita telah diberkati dengan begitu banyak kehilangan kamu-kamu dan saya, permainan serta kehilangan tempat kita bermain. Kehidupan telah menawari kita walaupun jauh lebih banyak dari apa yang kita tidak pernah tahu.
nota : yang sebenarnya saya rindukan kamu-kamu, kita terpisah kerana permainan hidup.
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Jumaat, Jun 25, 2010
lebihkan moral
Saya tidak boleh berhenti menjadi apa yang saya hendak jadi, sebagai manusia saya adalah makhluk sosial !!! Kerana adanya hubungan yang kompleks dengan orang lain hidup saya penuh dengan penilaian moral, penularan moral praktikal dan pertimbangan moral.
nota : kamu-kamu, sila bermoral lebih, bukan lebih kepada seks oral
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Rabu, Jun 23, 2010
clean up day's....
Mengapa? Hati saya tidak dikunci. Apa rasanya seperti hancur apabila saya meludah kata-kata. Jadi saya cuba lagi biar mereka mengerti, tapi kali ini saya perlu membersihkan kepala saya ini, dan membuka pintu kejahatan yang telah membentengkan kebaikan saya ini dan saya harus membiarkan bentuk gambar secara semulajadi. Yang saya tahu adalah bahawa hati saya ada di sana.
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Ahad, Jun 20, 2010
penuhi perasa kehidupan
Hidup adalah perselisihan jika saya berehat. Jika saya bekerja, saya bersinar dan jika saya bersinar, dunia memberikan saya kredit. Selain itu, fikiran kosong adalah loka karya syaitan. Hal ini lebih baik bagi semua orang untuk menjalani hidup sibuk. Perjuangan dalam hidup itu sendiri memberikan kesenangan kepada manusia.
nota : sentasa menyibukkan diri dengan masa rehat...hehehehehe
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Jumaat, Jun 18, 2010
masa itu emas
Di era materialistik ini, seruling masa begitu sibuk sehingga kita tidak mempunyai masa untuk memikirkan minat kegemaran. Kita pada kenyataannya, telah memendekkan hidup kita dengan membebani tubuh kita serta fikiran. Kita tidak menyedari bahawa hidup tanpa masa lapang tidak layak hidup. Tapi apa guna masa lapang jika tidak digunakan dengan betul?
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Khamis, Jun 17, 2010
bercuti ~~~
saya benar-benar makan, tidur, kebiasaan menghitung pengiraan, pergi pada membersihkan sesuatu yang wujud dan mengalami pengotoran yang lampau dan belajar, sejak kebelakangan ini. saya kadang-kadang cuba untuk berpadanan dari kebiasaan dengan melakukan pelbagai latihan tetapi sekali-sekala, tapi saya sangat tidak layak untuk sebahagian besar waktu itu semua. Saya kadang-kadang moody, terutama ketika adik saya mengganggu saya. Ini sangat menjengkelkan.
saya senang bersama dengan internet tetapi kadang-kadang saya begitu kecanduan kerana saya mendapati diri saya berlama berjam-jam bersamanya.
Saya percaya bahawa saya mempunyai masalah kemarahan, mewarisi dari ayah saya, tetapi hal baiknya adalah bahawa saya boleh mengendalikan itu, pada sisipan waktu yang sesuai.
p/s : saya menikmati berada di rumah bersama keluarga saya, tapi kadang-kadang saya lebih suka berada di luar dan pergi untuk seketika waktu......
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Rabu, Jun 16, 2010
mencuri dan si pencuri.....
bukan kesalahan saya bahawa saya mempunyai dorongan dan abnormal gigih untuk mencuri. Saya bukan pencuri !!! pencurian adalah mencuri hal-hal yang berkaitan dengan nilai atau makna yang besar. Orang mungkin mengatakan bahawa itu adalah pencurian, tapi bagi saya, tiba-tiba menampakkan suatu dorongan untuk mencuri sesuatu yang belum tentu memiliki nilai yang lebih itu bukan satu kesalahan yang terbesar......
jenama blog :
BERBAHASA MELAYU DENGAN SINIS
Langgan:
Catatan (Atom)