Muda-muda lagi dah minat hendak menjelitakan wajah. saya sangat terharu, buntu, hairan, bergembira dan sebagainya.
Apabila bersama, kotak instrument muka saya di ambil dan dibelek-belek 1 demi 1 . Lalu mereka berpantun kepada saya itu dan ini. Saya faham apa yang mereka ini maksudkan. Dan seterusnya saya melayan keletah mereka dengan bersahaja.
dan ini adalah POSING PALING MAUT DI ABAD INI !!!!!!!!!!!!
nota : best kan budak kecil??? awak-awak nak jadi kawan saya tak???
nuffnang ads
Memaparkan catatan dengan label SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH. Papar semua catatan
Sabtu, Oktober 30, 2010
saya layan karenah awak budak kecil !!!!!
jenama blog :
SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH
lukisan saya pada kulit manusia
terkadang saya merasakan saya ini lari jauh dari kos yang saya ikuti iaitu SARJANA MUDA FIZIK .saya lihat saya lebih cenderung pada fesyen-fesyen.tapi ibu saya tidak menyokong untuk itu....saya tidak pula merasa sekecewa yang demikian kerana saya boleh jadikannya salah satu hobi terpendam saya
saya mempunyai beberapa dikalangan manusia di sekeliling saya yang sangat sporting
yang membolehkannya dan merelakan menjadikan bahan eksperimen saya dengan jujur dan ikhlas.kami bergembira apabila permainan itu di mulai dan seronok apabila permainan itu sudah tamat, kerana melihat hasilnya yang sungguh terpesona.
bahan eksperiment -----> roomate
NUR NAZIHAH ZAKARIA a.k.a kakna
| sebelum |
| selepas |
CHE ZULFARAHIN a.k.a e-in
![]() | |||
| sebelum |
| selepas |
NUR FAIRUs HAZWANI a.k.a 5rus
![]() | ||
| sebelum |
nota : saya berasa sangat puas dengan hasil kerja saya ini walaupun saya seorang yang tak bertauliah dalam melukis dan mewarna.
jenama blog :
SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH
Selasa, Februari 23, 2010
jika mereka tidak menjadi superHERO
SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya.
Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS.
SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER.
Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.
BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar.
Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi
darah cipanzi supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.
CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll).
Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman.
Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.
DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling
padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero.
HELLBOY
Pendakwah bebas.
Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya dia hidup kat neraka.
THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika.
Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman(punish).
ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.
ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa.
Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan.
Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan melainkan beberapa ekor biawak hutan tropika.
WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.
GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu.
Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.
jenama blog :
SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH
Isnin, Februari 22, 2010
fakta.....bdk2 tadika
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normla la korang maknanya
jenama blog :
SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH
sukan yang dah PUPUS .......
LARI 100KM BERPAGAR-
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.
REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.
LOMPAT KAJANG
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.
BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.
REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.
LOMPAT KAJANG
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.
BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.
jenama blog :
SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH
Isnin, Disember 21, 2009
SOALAN LOGHAT TERENGGANU
· Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
Tak Larat | |
Tak Faham | |
Tak Lulus | |
Tak Sedap |
· ‘Tenong’ adalah sejenis?
Sayur | |
Bekas | |
Kuih | |
Kenderaan |
· “Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
Guane | |
Pahtu | |
Dok Tahu | |
Dekpong |
· Frasa “Woh smete” membawa maksud,
Buah Manggis | |
Buat tak peduli | |
Wah jahatnya | |
Wah besarnya |
· Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
Sangkakala | |
Seekers | |
Saka | |
Sangka |
· Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning | |
Penak benor keje lening | |
Letih perik kite keje hari ning | |
Letihsang ‘nggoh keje hari ning |
· Perkataan berikut member makna ‘Tipu’ kecuali
Plawok | |
Mussang | |
Lebong | |
Nawwok |
· Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
Rileks dulu | |
Tunggu pintu stor | |
Jaga line | |
Tunggu kejap |
· “Ali membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
Plekong Batu | |
Tago Batu | |
Tang ngo batu | |
Stik batu |
· Maksud perkataan ‘Kerahsang’
Kejur | |
Keras amat sangat | |
Kaku & tidak bergerak | |
Terangsang |
· “Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Mat Ali yang …..
Berlari | |
Melompat | |
Terlalu kurus sangat | |
Membaiki Net |
· “ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______
Beranda | |
Dapur | |
kerusi | |
Lantai |
· Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
Ngerrek | |
Cedding | |
Nette | |
Dok malu |
· Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?
Tempat,Tempat,Haiwan | |
Haiwan,Tempat,Tempat | |
Haiwan,tempat,Haiwan | |
Tempat ,Haiwan,Tempat |
· Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api
Bocong | |
Tenong | |
Brekdih | |
Mecceh |
· “ Dok leh lepe” membawa maksud?
Tak boleh lepak | |
Tak leh cakap sebarang | |
Tak boleh dinilai | |
Tak boleh diharap |
· Apakah sambungan bagi frasa Komang?
Komang stangguk | |
Komang playar | |
Komang Spanar | |
Koman skrudrebar |
· "Mung nok kene enjja?" Apakah maksud enjja?
Tampar | |
Tumbuk | |
Terajang | |
Marah |
· Buruk_____
Lepppok | |
Khekkong | |
Nayyang | |
Kohong |
· Cerlong, membawa maksud?
Menghidu dengan enak | |
Menegur dengan kasar | |
Memandang dengan pandangan garang dan kasar | |
Memandang dengan pandangan sinis |
· “ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
Berdebar kuat | |
Hilang Sabar | |
Marah | |
Terkejut |
· Apakah itu Ogak-ogak?
Serangga/ulat | |
Sayuran | |
Buahan | |
Sayur Ulam |
· Perkataan Tubek membawa erti?
Masuk | |
Tak tentu pasal | |
Keluar | |
Lalu Lalang |
· Permukaan yang rata
Lese | |
Smabo | |
Lewo | |
Leweh |
· “Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…
Ali berjerebok kedalam sungai | |
Ali jatuh jerebok dari atas pokok | |
Ali jerebok dengan lembaga | |
Ali memakai kasut berjenama Jerebok |
· Kata ganda bagi Sakit?
Sakit tayya | |
Sakit nayyang | |
Sakit puih | |
Sakit gelekek |
· Maksud perkataan "Dok Imboh"
Tak cukup | |
Tak berbaloi | |
Tak Untung | |
Tak merasa |
jenama blog :
SEKADAR MENSUAKAN GIGI YANG PUTIH
Langgan:
Catatan (Atom)


































