nuffnang ads




Selasa, Februari 08, 2011

makan free versi ann-216-1

5-rus amat bergaya bila orang nk bagi dia makan free...hahahahah

 k & kak na....lagi la tersengeh2 duk belakang bila dah ada driver....
perut berbunyi....krok...kriowwkk....okestra pesen baru la tu

 haaa....ni lah dia si tukang belanjanya...E-IN.
Makan KFC 
pengetahuan : yang depan tu hidangan aku ok !!!
ZINGER CRUNCH...tp lepas makan kereta tak lompat2 punnnnnn..

 tengok muke kakna....tersenyum puassssss..buleh makan hidangan CHIKEN RICE KFC
saya duk kat sebelah tumpang senyum bangga jugak lah

e-in : cool tak aku 5-rus???walaupun duit dah melayang belanja korang
5-rus : no komen saya mampu tersenyum dengan lebar sekali

on my desk !!!!!!!





Selasa, Januari 25, 2011

makan FREE versi ann-216-3


ini adalah tempat persinggahan yang telah di maksudkan dalam tajuk utama kita seperti yang diatas.
CHIKEN RICE SHOP.!!!!!. orang dapat duit PTPTN buat belanja kawan.bagus betul.semoga duit itu diberkati. ini turn kak na belanja roomate dia.

sebelum acara ini bermula..acara siap menyiapkan diri didahului dengan pakaian.sapuan make-up.dan pemakaian tudung. kak na adalah orang yang paling last siap(macam biasalah). macam orang nak pegi BLIND DATE punye la lame nak siap...padahal jumpe pakwe je pon.tudung 5 helai duk tukar.patutlah lambat kan??? nasib baik saya ada.jadi  tak la lambat.sebab saya memang champion dalam bab-bab siap-siap ni.saya tolong kak na siap kan dia.pakaikan die tudung.

dan ini lah hasilnya...

 BESTNYA MAKAN FREEEEEEEEEEE

yes3!!! dapat 2 pinggan nasi

AKU LAPAR.. dah 2 ari xmakn nasi

 dah lama tak jumpa kan?
so.....MESRAAAAA !!!!!!

k : TERIMA KASIH LA KAKNA bagi saya makan nasi 2 pinggan.
5rus : eeee..seronoknye..k habiskan nasi saya...



terima kasih sekali lagi kakna sebab k xpenah puas untuk berterima kasih.
next sem belanje la pulak.sebab k suka makan free.

ok nexttttttttttt...sape pulak turn belanje k makan??????

nota  : pulang dengan perut buncit

cahaya bina kejuruteraan

.
dari kiri : umie-za aka zzz-abg kamal-kak neng-kak ilah
dari depan : saaya lah tu..

rindu sangat-sangat kan. bila kita bersama.kongsi cerita kisah suka duka diantara KITA & MEREKA

nota : bersama KAMU memang senang.
         bersama MEREKA jadi jahanam.
TQ.

live~LOVE~laugh



nota : mencipta membina masa dengan pengalaman dan seterusnya kenangan....

Isnin, Januari 24, 2011

selamat pengantin baru KAK SA


thaniah kak sa dan abg ijo
nexttttttttttt?????

nota : saya bila lg ni..ohhhhh mama...saya mau kawinnnnnnn

Isnin, Januari 17, 2011

TAHUN BARU

sekarang sudah tahun 2011.saya perlu berhidup dengan terancang dan teratur serta sistematik
biarlah yang jahanam sudah berlalu atas reka cipta saya sendiri.

saya tidak kisah dengan yang jahanam...
kerana yang jahanam itulah banyak mengajar saya tentang hidup yang dialami serta sebab dan akibatnya berbuat sedemiakian dan demikian.
kerana yang jahanam itulah membuatkan saya menyesal dengan sesesalnya.hidup berfikir mahu dilahirkan semula.itu amatlah berat dan mustahil dalam dunia ini.
kerana yanag jahanam itulah membuatkan saya kembali kepada kesedaran yang amat dasyat. sedar sesedarnya.sedar dari igauan syaitan yang berlegar-legar di sekeliling bahan oksigen saya.
kerana yang jahanam itu lah membuatkan saya berfikir dengan rasional
kerana yang jahanam itulah yang menarik saya daripada hanyut atas arus kehidup sosial yang agak sial.

nota : saya harus berhidup dengan tabah terima kasih yang jahanam !!! hutang tetap hutang bayar tetap bayar..

Rabu, Disember 29, 2010

ion negetif !!!! sila nyahcas kan


saya tidak semangat . Saya ingin pergi ke mana angin membawa. Saya suka berenang di lautan dan melihat bulan. Saya suka naik di belakang motosikal berderum dan merasakan angin pada wajah saya. Kadang-kadang tanggung jawab pelajaran dan keluarga menyebabkan saya menjadi puas dan bosan dengan kehidupan. Saya telah membuat pilihan yang buruk, dan memilih untuk melarikan diri dari ketidakpuasan ini
dan kebosanan dengan penggunaan kaedah tertentu.

Saya penagih. saya memang seorang yang berbeza  di ruangan ini berbanding mereka-mereka, namun kita semua sama. Mungkin saya dilahirkan lebih sensitif dan negetif dari kebanyakan orang lain.

nota : tolong lahirkan diri saya kembali....

my BFF


Dia teman yang saya boleh dan tidak akan pernah lupa. dia dapat mengetahui apakah saya sedang berbaring bahkan jika saya membuat wajah lurus! saya tidak tahu bagaimana ia boleh melakukannya! turutan kami begitu sama dan seperti yang telah berkomunikasi dengan fikiran kita! Pada masa yang sama selalu memikirkan hal yang sama atau mempunyai idea yang berbeza. Bahkan jika saya cuba berbohong padanya, dia mengetahui saya dengan  begitu baik dan tepat bahawa dia tahu saya berbohong.

kamu mungkin hanya memiliki teman baik yang kamu boleh mengandalkannya secara kadang-kadang, tapi harus diandalkan pada seseorang dan tahu bahawa mereka akan berada di sana untuk anda, sukar untuk mencari orang seperti itu. Dia membantu saya melewati masa-masa terberat saya, dan apakah ada untuk waktu yang terbaik selain bersama dia??????.

nota :  sukar cari kawan seperti awak...awak jangan lari-lari ye..

Sabtu, November 20, 2010

mereka sangat bahagia


nota : kalau boleh saya juga mahu menyelinap ni ruangan ini.............

Sabtu, November 13, 2010

GOOD tryin

Selamat mencuba SAYA tidak menyukainya 
Selamat mencuba SAYA tidak akan mengambil soal itu. 

GIFT

untuk kamu,

DIPERSILAKAN MAMPUS DENGAN KADAR YANG PALING SEGERA !!!!!!!!!

terima kasih.

adegan ber-KARIPAP di suatu hari


nota : kamu...jom kita main jual-jual kueh......

Rabu, November 03, 2010

saya sakit


Saya telah mengalami seluruh kehidupan saya dalam ketakutan, takut bahawa mimpi buruk suatu hari saya akan jatuh pada tempat yang paling tinggi lalu saya terjaga beserta jantung saya sangat laju bergetar. Saya takut, bahawa kewarasan saya mulai menghilang, sedikit demi sedikit hingga ke suatu hari, saya akan menjadi tidak lebih dari seekor binatang liar, yang harus dikurung ataupun dipasung. Jadi, saya berjuang setiap hari untuk mempertahankan dan mengendalikan  keadaan diri saya , kerana jika tidak, saya akan mengambil sesuatu dan membunuh kepada mereka yang kberdekatan dengan saya.

nota : semoga tuhan menyabarkan saya dengan kamu.kamu kata saya sudah gila.kkena bawa jumpa doktor psiketri . kamu memang @#$%$^?*^*&( !!!

alam semesta


Saya telah mencuba berhubungan dengan alam,  kerana ia membawa kepada keamanan-keamanan yang hebat,  ke dalam jiwa saya. oleeh itu ia terbukti bahawa saya benar-benar diliputi awan ketenangan.

Saya telah berusaha lebih jauh untuk  menghilangkan keraguan diri  supaya dapat menyelaraskan diri saya dengan begitu mudah dengan alam persekitaran yang saya anggap sebagai alam, yang menguatkan kepercayaan diri saya untuk mengejar mimpi-mimpi yang indah dalam hidup saya.

Saya telah mencari semua itu, dan akhirnya, kerana dalam mengamati keajaiban alam, saya telah melihat bahawa keajaiban memang ada seperti ada pelangi yang melukis, seterusnya badai yang menghempas pantai yang dimana saya selalu mendengar melalui tetingkap bilik saya. Ini adalah apa yang saya cari. Dan dengan melalui alam, saya telah melihat cahaya dan harapan yang saya mahu bina sekarang ini.

Isnin, November 01, 2010

S.E.K.O.L.A.H saya

dari saya berusia 6tahun sehingga sekarang 1996-201???????? saya belum habis-habis lagi belajar
terkadang rasa penat namun gembira sangat.

di sini kita ada kawan, guru, musuh, dan sebagainya
di sini juga saya mempunyai apa yang punya sekarang.
di sini saya mendapat apa yang saya ada sekarang.
di sini saya berasa apa yang saya rasa sekarang.
di sini saya mengenal apa yang saya kenal sekarang.


tadika kemas wakaf tembesu, kuala terengganu. terengganu
1994


 sekolah rendah kebangsaan tok jiring, kuala terengganu.TERENGGANU
1995-2000


sekolah menengah kebangsaan kompleks gong badak, kuala terengganu. TERENGGANU
2001-pertengahan 2002

sekolah menengah kebangsaan kuhara, tawau. SABAH
pertengahan 2002-2003

sekolah menegah teknik tawau. SABAH



sekolah menengah teknik terengganu (teknik airport). TERENGGANU


politeknik seberang perai. PULAU PINANG.

universiti malaysia terengganu. TERENGGANU
nota : terima kasih tuhan memberi saya peluang !!!

Ahad, Oktober 31, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..