nuffnang ads




Rabu, Disember 29, 2010

ion negetif !!!! sila nyahcas kan


saya tidak semangat . Saya ingin pergi ke mana angin membawa. Saya suka berenang di lautan dan melihat bulan. Saya suka naik di belakang motosikal berderum dan merasakan angin pada wajah saya. Kadang-kadang tanggung jawab pelajaran dan keluarga menyebabkan saya menjadi puas dan bosan dengan kehidupan. Saya telah membuat pilihan yang buruk, dan memilih untuk melarikan diri dari ketidakpuasan ini
dan kebosanan dengan penggunaan kaedah tertentu.

Saya penagih. saya memang seorang yang berbeza  di ruangan ini berbanding mereka-mereka, namun kita semua sama. Mungkin saya dilahirkan lebih sensitif dan negetif dari kebanyakan orang lain.

nota : tolong lahirkan diri saya kembali....

my BFF


Dia teman yang saya boleh dan tidak akan pernah lupa. dia dapat mengetahui apakah saya sedang berbaring bahkan jika saya membuat wajah lurus! saya tidak tahu bagaimana ia boleh melakukannya! turutan kami begitu sama dan seperti yang telah berkomunikasi dengan fikiran kita! Pada masa yang sama selalu memikirkan hal yang sama atau mempunyai idea yang berbeza. Bahkan jika saya cuba berbohong padanya, dia mengetahui saya dengan  begitu baik dan tepat bahawa dia tahu saya berbohong.

kamu mungkin hanya memiliki teman baik yang kamu boleh mengandalkannya secara kadang-kadang, tapi harus diandalkan pada seseorang dan tahu bahawa mereka akan berada di sana untuk anda, sukar untuk mencari orang seperti itu. Dia membantu saya melewati masa-masa terberat saya, dan apakah ada untuk waktu yang terbaik selain bersama dia??????.

nota :  sukar cari kawan seperti awak...awak jangan lari-lari ye..

Sabtu, November 20, 2010

mereka sangat bahagia


nota : kalau boleh saya juga mahu menyelinap ni ruangan ini.............

Sabtu, November 13, 2010

GOOD tryin

Selamat mencuba SAYA tidak menyukainya 
Selamat mencuba SAYA tidak akan mengambil soal itu. 

GIFT

untuk kamu,

DIPERSILAKAN MAMPUS DENGAN KADAR YANG PALING SEGERA !!!!!!!!!

terima kasih.

adegan ber-KARIPAP di suatu hari


nota : kamu...jom kita main jual-jual kueh......

Rabu, November 03, 2010

saya sakit


Saya telah mengalami seluruh kehidupan saya dalam ketakutan, takut bahawa mimpi buruk suatu hari saya akan jatuh pada tempat yang paling tinggi lalu saya terjaga beserta jantung saya sangat laju bergetar. Saya takut, bahawa kewarasan saya mulai menghilang, sedikit demi sedikit hingga ke suatu hari, saya akan menjadi tidak lebih dari seekor binatang liar, yang harus dikurung ataupun dipasung. Jadi, saya berjuang setiap hari untuk mempertahankan dan mengendalikan  keadaan diri saya , kerana jika tidak, saya akan mengambil sesuatu dan membunuh kepada mereka yang kberdekatan dengan saya.

nota : semoga tuhan menyabarkan saya dengan kamu.kamu kata saya sudah gila.kkena bawa jumpa doktor psiketri . kamu memang @#$%$^?*^*&( !!!

alam semesta


Saya telah mencuba berhubungan dengan alam,  kerana ia membawa kepada keamanan-keamanan yang hebat,  ke dalam jiwa saya. oleeh itu ia terbukti bahawa saya benar-benar diliputi awan ketenangan.

Saya telah berusaha lebih jauh untuk  menghilangkan keraguan diri  supaya dapat menyelaraskan diri saya dengan begitu mudah dengan alam persekitaran yang saya anggap sebagai alam, yang menguatkan kepercayaan diri saya untuk mengejar mimpi-mimpi yang indah dalam hidup saya.

Saya telah mencari semua itu, dan akhirnya, kerana dalam mengamati keajaiban alam, saya telah melihat bahawa keajaiban memang ada seperti ada pelangi yang melukis, seterusnya badai yang menghempas pantai yang dimana saya selalu mendengar melalui tetingkap bilik saya. Ini adalah apa yang saya cari. Dan dengan melalui alam, saya telah melihat cahaya dan harapan yang saya mahu bina sekarang ini.

Isnin, November 01, 2010

S.E.K.O.L.A.H saya

dari saya berusia 6tahun sehingga sekarang 1996-201???????? saya belum habis-habis lagi belajar
terkadang rasa penat namun gembira sangat.

di sini kita ada kawan, guru, musuh, dan sebagainya
di sini juga saya mempunyai apa yang punya sekarang.
di sini saya mendapat apa yang saya ada sekarang.
di sini saya berasa apa yang saya rasa sekarang.
di sini saya mengenal apa yang saya kenal sekarang.


tadika kemas wakaf tembesu, kuala terengganu. terengganu
1994


 sekolah rendah kebangsaan tok jiring, kuala terengganu.TERENGGANU
1995-2000


sekolah menengah kebangsaan kompleks gong badak, kuala terengganu. TERENGGANU
2001-pertengahan 2002

sekolah menengah kebangsaan kuhara, tawau. SABAH
pertengahan 2002-2003

sekolah menegah teknik tawau. SABAH



sekolah menengah teknik terengganu (teknik airport). TERENGGANU


politeknik seberang perai. PULAU PINANG.

universiti malaysia terengganu. TERENGGANU
nota : terima kasih tuhan memberi saya peluang !!!

Ahad, Oktober 31, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Sabtu, Oktober 30, 2010

daun kering

Tergantung kamu seorang lelaki atau wanita,  mempunyai banyak aspek dan pendapat tentang kehidupan yang baik. Tergantung kaya atau miskin kamu, ada banyak aspek.

Beberapa orang mengatakan wang adalah kunci untuk sebuah kehidupan yang baik, tapi saya tidak berfikir bahawa wang adalah kunci kehidupan yang baik.  Ia sangat beerti, tapi saya mempunyai pendapat saya dan contoh saya sendiri, dan saya akan mengatakan kepada kamu, yang ianya hanyalah boleh berbicara untuk diri saya sendiri.


nota : kebahagiaan adalah segala-galanya

saya layan karenah awak budak kecil !!!!!

Muda-muda lagi dah minat hendak menjelitakan wajah. saya sangat terharu, buntu, hairan, bergembira dan sebagainya.

Apabila bersama, kotak instrument muka saya di ambil dan dibelek-belek 1 demi 1 . Lalu mereka berpantun kepada saya itu dan ini. Saya faham apa yang mereka ini maksudkan. Dan seterusnya saya melayan keletah mereka dengan bersahaja.


dan ini adalah POSING PALING MAUT DI ABAD INI  !!!!!!!!!!!!



nota : best kan budak kecil??? awak-awak nak jadi kawan saya tak???

lukisan saya pada kulit manusia

terkadang saya merasakan saya ini lari jauh dari kos yang saya ikuti iaitu SARJANA MUDA FIZIK .saya lihat saya lebih cenderung pada fesyen-fesyen.tapi ibu saya tidak menyokong untuk itu....saya tidak pula merasa sekecewa yang demikian kerana saya boleh jadikannya salah satu hobi terpendam saya

saya mempunyai beberapa dikalangan manusia di sekeliling saya yang sangat sporting
yang membolehkannya dan merelakan menjadikan bahan eksperimen saya dengan jujur dan ikhlas.kami bergembira apabila permainan itu di mulai dan seronok apabila permainan itu sudah tamat, kerana melihat hasilnya yang sungguh terpesona.


bahan eksperiment -----> roomate

NUR NAZIHAH ZAKARIA a.k.a kakna
sebelum
selepas
CHE ZULFARAHIN a.k.a e-in
sebelum
selepas
NUR FAIRUs HAZWANI a.k.a 5rus

sebelum
selepas

nota : saya berasa sangat puas dengan hasil kerja saya ini walaupun saya seorang yang tak bertauliah dalam melukis dan mewarna.

Khamis, Oktober 28, 2010

CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Rabu, Oktober 27, 2010

MALAM PERTAMA KITA

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

 ''Malam Pertama Kita''

Ahad, Oktober 24, 2010

Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Sabtu, Oktober 16, 2010

keturunan en idrus

tuhan....teruskanlah jantungnya berdegup
peliharakanlah nyawanya daripada melayang
saya sayang setiap campuran darah yang sedang mengalir di dalam tubuh saya ini

nota : tuhan jangan diragut untuk semua ini....

Rabu, Oktober 13, 2010

COPY PASTE


test DR CHAN sangat bergembira apabila sedang dan sudah siap di jawab.
walaupun mendapat keputusan yang baik.saya masih lagi tidak tahu apa itu fizik dalam keadaan pepejal dan teknologi optik dan lezer.......
apa yang patut dan tak patut saya buat sekarang adalah :

* belajar slide yang ada
* kurangkan bersosial di malam hari kerana itu memang betul-betul sial

nota : saya bukan pandai sangat pun.pemalas yang amat.jadi sedar diri.....

Rabu, Oktober 06, 2010

happy birthday ----> 22 years old

* kek hari jadi saya bersama sepupu saya ATILIA

TARIKH : 31 OGOS 2010 / 21 RAMADHAN
HARI : selasa
MASA : 7:16 p.m
TEMPAT : pantai batu buruk, kuala terengganu
PARA JEMPUTAN : ya-epi-abelong-tikah-na-kerol-saya


MENU : -makanan bazar ramadhan
-KFC
- KEK<---cheesss kek (MENU UTAMA)
- air coca cola vanila & aiskrim soda

*birthday's ladies
K.A.M.I  K.A.M.I  K.A.M.I  K.A.M.I 

* pasangan bahagia + pening

* kami bersepupu


* 3 dara cun

* adegan sang arjuna memoyokan diri mereka

* sesi pertukaran hadiah

sangat seronok walaupun ade beberapa adegan yang berlaku...

nota : 1. tahun seterusnya saya ingin mengembalikannya balik !!!
 2. sayang sekali penggunaan dslr kurang menjadi~~~ usaha lagi